Powered By Blogger

Monday 29 August 2011

JELAJAH IHYA' RAMADHAN KE KG SARANG, KB.

Siri Jelajah Ihya' Ramadhan seterusnya telah berlangsung di Kg. Sarang, Kota Belud pada 27 Ogos 2011, yang jaraknya dari pekan Kota Belud lebih kurang 35 kilometer ke utara, jalan Kudat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan mengharungi bukit-bukau banjaran Crooker serta melintasi tanah yang menjadi isu masa kini di Kota Belud iaitu tanah simpanan Kg. Rampayan Ulu.


Rombongan jelajah ini diketuai oleh Datu Matlan Datu Unjong selaku Presiden PAGISA berserta dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang turut serta adalah Abu Aslam, selaku Timbalan Pengerusi dan juga ABIM Daerah Kota Belud.Ahli rombongan yang serta lebih kurang 15 orang dan tiba di Kg. Sarang lebih kurang pukul 4.45 petang.


Majlis  dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada para penerima fakir/miskin. Sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAGISA Sdr Abdul Razak Hj. Rakunman kepada para penerima seramai 16 orang. Selepas penyerahan sumbangan, satu tazkirah telah disampaikan oleh Setiausaha Agung PAGISA dengan tajuk 'Madrasah Ramadhan: Medan Perubahan', seterusnya berbuka puasa, solat Maghrib dan jamuan makan. Solat sunat Tarawih juga turut dilaksanakan bersama jemaah kampung tersebut.


Komposisi penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Iranun, Dusun dan Bajau. Walaupun majoriti penduduk di Kg. Sarang ini adalah Dusun, namun keharmonian kaum amat intim dan akrab. Sebahagian kaum Dusun boleh bertutur dengan bahasa Iranun dan begitu juga orang Iranun boleh bertutur dengan bahasa Dusun.

Dari segi demografinya, kaum Iranun tinggal berhampiran dengan pantai dan kebanyakan mereka adalah  nelayan kecil sejak zaman berzaman. Melihat kepada corak kehidupan masyarakat di kampung ini, mereka bergantung penuh kepada laut dan hasil pertanian. Masyarakat di sini masih lagi bergelut dengan kemiskinan kerana corak kehidupan yang kurang memuaskan untuk menyara keluarga yang ramai.


Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung terutama Ketua Kampung iaitu KK Sungkit Hj. Batong yang sudi menerima kami sebagai tetamu. Insya Allah Ramadhan tahun kalau diizinkan Allah SWT, kami akan datang berkunjung lagi. Moga Allah SWT menerima segala amal kita.


Oleh

Setiausaha Agung

2 comments:

  1. Moga dimasa akan datang kita dapat kumpul dana dan sumbangan yang lebih dari mereka yang suka beramal dan menderma. Dengan demikian kita boleh memberi bantuan kepada ramai yang memerlukan. Marilah kita berdoa kepadaNya agar niat suci dan ikhlas ini mendapat rahmat dariNya. Terima kasih kepada semua penderma budiman dan semua yang terlibat. Teruskan perjuangan kerana Allah

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat PAGISA, teruskan perjuangan demi agama dan bangsa.

    ReplyDelete